Tempat-Tempat Makan Popular Di Negeri Sembilan

Posted on : March 1, 2017 | post in : Tempat-Tempat Makan Popular Di Negeri Sembilan |Leave a reply |

Topik kali ini krew jelajah Kereta Sewa Shah Alam ingin membawa anda semua ke negeri Sembilan pula. Tempat makanan kita kali ini ialah episod memburu makanan-makanan popular di Negeri Sembilan. Apabila terdengar Negeri Sembilan apa yang sedang bermain di dalam fikiran anda bagi yang kaki jalan? adat tradisional? Ya betul-betul. Tetapi apa yang makanan khas di sini? Sudah tentu Gulai Masak Lemak. Jom kita jelajah negeri ini dengan bantuan DNZ Car Rental sebagai pengangkutan utama krew jom makan kami.

#1 Leha World Paroi

Leha World Paroi adalah antara restoran yang terbesar yang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan berbaloi. Lebih daripada 40 jenis hidangan. Dari hidangan kuah sehingga ke menu goreng dan daya tarikan restoran ini adalah servisnya beserta minuman percuma bagi mereka yang menggemari jus oren, jus anggur, sirap laici dan banyak lagi. Anda boleh pilih secara percuma. Dibuka pada setiap hari sehingga 09:00 – 16:00. Restoran ini beralamat:

Leha World Paroi

402, Persiaran Rajawali,

Taman Paroi Jaya,

Seremban Negeri Sembilan.

Leha World Paroi

Leha World Paroi

#2 Satay Tulang Jelebu

Tidak pernah dengar sebelum ini sate tulang? Tetapi ya, Negeri Sembilan menawarkan makanan yang unik ini. Mereka juga menawarkan daging sate dan sate ayam juga. Kuah kacang juga sedap dan lazat. Dibuka pada setiap hari sehingga 18:00 – 02:00. Restoran ini beralamat:

Satay Tulang Jelebu

Restoran Bundo Kanduang

Taman Komersil Senawang,

Negeri Sembilan

 

#3 Popiah basah Kuala Kangsar

Popiah Basah yang terbaik yang pernah disajikan. Rasa popiah manis, pedas, sayur-sayuran yang segar dan kacang rangup. Marvelous! Hanya RM 1.20 setiap satu. Bagi yang ingin merasainya silalah ke Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Seremban.

 

#4 Nasi Arab Damsyik

Restoran ini mula penuh pada waktu puncak (12.30 tengah hari), dinasihatkan sepenuhnya untuk masuk sebelum 12.30. Restoran ini menawarkan nasi arab untuk 1 orang sehingga set keluarga. Harga yang amat berpatutan. Set ayam 1/4 hanya RM12. Benar-benar berbaloi. Restoran ini beralamat di Jalan Paroi – Senawang dan dibuka pada:

4pm – 11pm (Friday)

11am – 11pm (Monday, Wednesday & Thursday )

Selasa CUTI

 

#5 Restoran Nelayan    

Restoran yang menawarkan makanan eksotik seperti daging rusa, daging arnab dan banyak ;agi dan sudah tentu daging ianya semestinya halal. Yang paling istimewa adalah Daging Salai Masak Lemak. Beralamat:

Restoran Nelayan Seafood

Wisma Pbns, P/3 102, Rahang Square

Jalan Za’ba Seremban, Negeri Sembilan

Apa yang anda tunggu?

Sila lawati ke www.keretasewashahalam.com.my untuk tempahan kereta sewa pada harga yang murah. Mulakan perjalanan anda dengan perkhidmatan kami.

Comments are closed.
Theme Designed Bymarksitbd