Tempat-Tempat Makan Menarik Di Selangor

Posted on : March 7, 2017 | post in : Tempat-Tempat Makan Menarik Di Selangor |Leave a reply |

Episod kali ini krew kereta sewa shah alam menjelajah negeri yang seterusnya iaitu negeri Selangor. Negeri ini menjadi lubuk rezeki untuk semua penduduk yang berhijrah ke sini. Selangor juga mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dan sudah tentu terdapat banyak tempat-tempat makanan yang menarik yang wujud di Selangor. Mari kita lihat apa yang istimewa yang terdapat di Selangor.

 

#1  Mali’s Corner

Jalan PJS 4/27A (Jalan PJS 2D/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7 malam sehingga 12 tengah malam. Yang paling istimewa di sini ialah char kuey teow yang terbaik di Petaling Jaya, resipi asalnya dari Pulau Pinang dengan udang yang besar dan segar. Harga yang berpatutan dan semua lapisan umur boleh menikmati makan char kuey teow ini kerana rasanya yang tidak terlalu pedas.

 

#2 Gerai Satay Willy

Sungai Ramal FoodJunction

Hidangan satay yang terbaik di Sungai Ramal, sataynya adalah tebal dan enak dan dicelup dengan kuah kacang pedas manis. Jangan lupa untuk makan hirisan timun dan bawang untuk menghilangkan karbon untuk kekal sihat. Waktu operasi setiap hari dari 16:00 hingga 00:00am.

satay willy shah alam seksyen 7

#3 HOMST

Seksyen 13 Shah Alam

Restoran ini menyajikan masakan Cina Muslim yang tidak akan mengecewakan anda. Menu hidangan ayam mentega adalah yang terbaik, tetapi restoran ini turut juga menyajikan menu sotong pedas yang pasti memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11 ​​pagi hingga 10 malam.

 

#4 Rojak SS15 Subang Jaya

Jalan 52/18, Pj New Town, 46200 Petaling Jaya.

Waktu operasinya ialah sekitar 11:00am – 6:00pm setiap hari. Menu cendol+rojak yang terbaik di Petaling Jaya dengan rasa yang begitu enak. Sesuai dijadikan sajian di waktu petang. Yang pastinya, harganya adalah amat berpatutan sekali.

 

#5 Kopitiam Chicken Rice Guys

Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.

Restoran ini menghidangkan menu nasi ayam Cina, resipi asal dan rasa dengan lauk utamanya iaitu ayam kukus. Sungguh menyelerakan. Ayam yang distimkan dengan penuh aroma campuran herba beserta pes halia dan ia bersedia utntuk dihidangkan pada sesiapa yang datang ke restoran in. Ia diibuka setiap hari 08:00 – 19:00.

Bagi orang ramai diluar sana yang ingin berjalan-jalan di sekitar Selangor, DNZ Car Rental menerusi cawangan Shah Alam dapat menyediakan perkhidmatan kereta sewa pada harga yang murah dan berpatutan. Sila layari http://keretasewashahalam.com.my

Comments are closed.
Theme Designed Bymarksitbd