Permasaran Pengiklanan Kereta Sewa

Posted on : January 17, 2017 | post in : Permasaran Pengiklanan Kereta Sewa |Leave a reply |

Kita tinjau kembali ke tahun 1990 – 2000 dimana ketika ini, pengiklanan bagi sesebuah perniagaan kereta sewa atau bisnes kereta sewa yang diusahakan adalah lebih kepada ‘offline’ atau pun lebih dikenali sebagai pengiklanan berbentuk paparan seperti banner, bunting, kertas dan lain-lain lagi. Ketika ini zaman internet atau pun ‘online’ masih lagi perlahan dan sedang membangun. Ketika zaman ini, syarikat-syarikat kereta sewa besar mahupun yang sederhana cuba mengiklankan produk, servis mahupun sebarang perkhidmatan mereka menerusi pengiklanan offline ini. Ketika ini, penggunaan pengiklanan secara fizikal adalah amat popular seperti penggunaan banner, bunting mahupun kain rentang di sekitar kawasan ‘target market’ contoh seperti di area universiti, kawasan-kawasan penempatan pelajar, kediaman, pasaraya dan sebagainya.

Idea menggunakan pengiklanan secara offlne ini adalah tidak bukan, untuk memudahkan orang ramai ataupun ‘potential customer’ dapat melihat iklan-iklan perkhidmatan kereta sewa ini dimana jua mereka berada tanpa mereka perlu mencari sendiri. Ini dapat menjimatkan masa dan kos orang awam sekiranya memerlukan kereta sewa pada waktu-waktu yang tertentu. Walaupun kos penggunaan pengiklanan offline ketika itu amat tinggi, tetapi pulangan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat kereta sewa ini adalah berbaloi. Ia dapat menampung semua kos yang terlibat seperti kos operasi, kos pengurusan syarikat, keuntungan para pelabur dan sebagainya.

Permasaran Pengiklanan Kereta SewaTeknik pemasaran menggunakan pengiklanan offline ataupun pengiklanan secara fizikal ini sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi dari segi penyedia perkhidmatan pemasaran offline itu sendiri dan juga klien mereka, syarikat kereta sewa dan juga orang awam. Dan jika dilihat pada tahun sekarang ini 2017, teknik-teknik pemasaran pengiklanan kereta sewa ini masih lagi digunakan dengan meluas walaupun telah wujudnya dan berkembangnya teknik pemasaran secara ‘online’. Bagi sesetengah pendapat, teknik pemasaran pengiklanan kereta sewa secara offline ini masih lagi relevan dimana i amat jelas kelihatan di papan-papan tanda awam, perhentian bas dan teksi, mahupun penggunaan banner di sekitar pokok-pokok mahupun bangunan masih lagi jelas kelihatan iklan-iklan kereta sewa ini. Oleh itu, dari segi negatifnya, ia sudah tentu mencacatkan pemandangan orang awam mahupun bagi para pelancong yang datang di negara ini. Jadi, untuk tahun 2017 – 2018 ini, ramai pengusaha-pengusaha kereta sewa shah alam telah mula menggunakan teknik pemasaran pengiklanan online seperti website, blog, facebook, twitter, instagram, dan sebagainya.

Tags:
Comments are closed.
Theme Designed Bymarksitbd