Kereta Sewa Di Shah Alam Seksyen 13

Posted on : February 27, 2017 | post in : Kereta Sewa Di Shah Alam Seksyen 13 |Leave a reply |

Seksyen 13 Shah Alam mempunyai pelbagai kemudahan prasarana yang lengkap dan ianya berada di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam. Kawasan ini mempunyai jalinan jalan raya yang lengkap serta menghubungkan dari arah utara, barat, selatan dan timur melalui jaringan jalan raya seperti PLUS Elite, SKVE, NKVE, DUKE dan lain-lain lagi. Area seksyen 13 di shah alam ini turut mempunyai pusat membeli-belah yang terkemuka seperti AEON Mall Shah Alam, IDCC, pasaraya hypermarket tesco, Giant dan sebagainya. Oleh itu, pertumbuhan pembangunan di sini amat pesat sekali seiring dengan wawasan 2020 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar kawasan ini, terdapat beberapa penyedia ataupun syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa di shah alam seksyen 13 ini dan antaranya adalah seperti DNZ Car Rental, KLEZCAR dan lain-lain lagi.

Di antara faktor dan penyebab mengapa syarikat-syarikat ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa di sekitar area sekysen 13 shah alam ini adalah kerana kawasan ini terdapat pelbagai jenis pusat pendidikan awam mahupun swasta seperti MSU, PTPL, POLOTEKNIK SHAH ALAM dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat menjana sumber pendapatan bagi penduduk di kawasan ini dengan adanya pelbagai jenis perkhidmatan yang saling berkait rapat dengan kereta, van dan lain-lain lagi. Antaranya adalah seperti pusat cuci kereta, kedai aksesori kereta, pusat servis kereta, kedai tayar dan sebagainya. Dengan ini ia dapat memberikan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat kereta sewa di shah alam Seksyen 13 dan juga lain-lain penyedia perkhidmatan kereta sewa ini.

Kereta Sewa Di Shah Alam Seksyen 13

Kita dapat lihat berlaku persaingan yang sengit diantara syarikat kecil mahupun syarikat yang besar bagi bisnes kereta sewa ini dimana kita dapat melihat pelbagai jenis bentuk teknik pemasaran yang digunapakai oleh mereka bagi menarik minat para pelanggan khususnya yang tinggal di kawasan seksyen 13 shah alam dan juga di sekitar kawasan yang berdekatan dengannya. Penggunaan papan tanda, bunting, banner dan pelbagai jenis lagi yang digunakan oleh syarikat-syarikat kereta sewa di shah alam Seksyen 13 dimana mereka memaparkan harga dan juga jenis kereta yang mereka ada. Oleh ini, ia dapat menarik minat para penyewa bagi menggunakan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Comments are closed.
Theme Designed Bymarksitbd