Agen Kereta Sewa

Posted on : February 20, 2017 | post in : Agen Kereta Sewa |Leave a reply |

Pada penghujung tahun 2016 lepas, negara kita sudah dikejutkan dengan berita-berita kegawatan ekonomi yang bakal melanda Malaysia pada tahun 2017 seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2007-2008. Ketika itu ekonomi sangatlah teruk dimana terdapat banyak kilang-kilang yang terpaksa memberhentikan operasinya, dan turut terdapat kilang-kilang yang terpaksa memberhentikan pekerja-pekerja mereka dan lain-lain lagi. Ketika kegawatan ekonomi sedang melanda, orang awam lebih berjimat cermat, hanya membelanjakan untuk keperluan sahaja. Ada juga yang terpaksa melakukan 2,3 pekerjaan dalam sehari bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. Pada suku tahun pertama 2017, ramai diluar sana yang mula melakukan perkhidmatan pengangkutan uber, grabcar dan ada juga yang menjadi agen kereta sewa secara sambilan, dan ada juga yang melakukannya secara tetap khususnya di bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat lagi.

Ini adalah kerana pekerjaan ini dapat memberikan pulangan wang yang lumayan sekiranya mereka melakukan di tempat-tempat panas seperti di pusat bandar, di lapangan terbang antarabangsa mahupun tempatan seperti KLIA DAN KLIA 2 dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui agen kereta sewa, mereka hanya perlu mencari para penyewa sahaja dan sekiranya mereka mendapat tempahan kereta sewa, mereka hanya perlu memberikan tempahan tersebut kepada penyedia perkhidmatan kereta sewa yang mereka kenali. Dari itu, mereka akan dapat komisen atas 1 penyewa. Kebiasaanya komisen agen kereta sewa ini adalah sekitar 10% dari kadar harga kereta sewa. Contohnya, sekiranya harga sewa kereta adalah RM100, jadi komisen yang bakal agen dapat adalah RM10.

agen kereta sewaJadi bayangkan sekiranya dalam sehari agen-agen kereta sewa ini mampu memperolehi 4-5 tempahan kereta sewa, sudah tentu RM 50 sudah berada di dalam saku masing-masing. Dalam masa yang sama, mereka ini masih melakukan pekerjaan utama masing-masing. Apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan cara bagai mana mereka memasarkan perkhidmatan kereta sewa ini, itu yang paling utama. Sekiranya mereka berjaya kuasai pasaran yang luas seperti pasaran student atau pelajar universiti, sudah tentu nilai komisen yang mereka bakal terima adalah tinggi. Oleh itu para agen kereta sewa ini perlulah menggunakan semua platform yang ada, contoh seperti laman website, facebook, fb ads, adwords dan lain-lain platform media massa yang ada pada masa sekarang. Pihak kereta sewa shah alam juga turut menyediakan platform kemudahan laman website bagi agen diluar sana yang berminat untuk menerokai bidang penghasilan laman website kereta sewa ini.

Comments are closed.
Theme Designed Bymarksitbd