KERETA SEWA SHAH ALAM 2017

Posted on : January 6, 2017 |post in : |Comments Off on KERETA SEWA SHAH ALAM 2017 |

Kami, Kereta Sewa Shah Alam ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua penduduk di Selangor, khususnya bagi warga Shah Alam. Semoga tahun ini akan membuatkan kita lebih berdaya saing dan maju kehadapan berbanding di tahun-tahun sebelumnya. Tidak dilupakan juga kepada para pelanggan setia kereta sewa kami, jutaan terima kasih kami ucapkan kepda anda semua. Tanpa anda, kami mungkin tidak dapat meneruskan lagi bisnes kereta sewa ini di masa akan datang. Perancangan awal syarikat kami untuk tahun ini adalah untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami dan kami juga ingin menambah bilangan kenderaan & kereta sewa bagi memenuhi permintaan yang tinggi khususnya bagi pasaran Shah Alam dan juga bagi sekitar kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Kami juga turut menjalinkan hubungan kerjasama (networking) dengan lain-lain syarikat kereta sewa bagi memenuhi permintaan yang ada. Ini adalah kerana terdapat juga permintaan bagi kereta sewa mewah bagi beberapa acara penting. Disebabkan ini, kami merasakan perlunya ada hubungan networking yang luas bagi memenuhi permintaan para pelanggan di masa akan datang. Bagi pelanggan di luar sana yang inginkan kereta sewa mewah, sila hubungi nombor telefon yang tertera di sebelah kanan.

kereta sewa shah alam 2017

Admin Kereta Sewa Shah Alam


Theme Designed Bymarksitbd